Wednesday, September 29, 2010

Ulasan Buku

Tugasan 2:        Penyelidikan Pendidikan Komputer GGGE 6943
Tajuk Buku:         
Penyelidikan dalam pendidikan (Perancangan dan Pelaksanaan PenyelidikanTindakan)
Ketua Pengarang: Mok Soon Sang, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
January, 2010

Terdapat 13 BAB:
Pengenalan
Pengenalan dalam buku ini akan menerangkan mengenai :
Sejarah Perkembangan Penyelidikan Dalam Pendidikan;

Penulis juga  akan menekankan idea-idea mengenai model dan teori yang terdapat dalam penyelidikan pendidikan. Kebanyakan penyelidikan yang dijalankan adalah berdasarkan kajian kepada masalah yang berlaku pada pendidikan dan dikaitkan dengan beberapa teori pembelajaran yang dijalankan. Selain itu juga, buku ini akan menekankan mengenai kaedah-kaedah yang digunakan untuk menguruskan penyelidikan untuk menghasilkan teori penyelidikan yang berkaitan dengan kajian.
Bahagian teori dalam penyelidikan menerangkan mengenai konsep pembelajaran,  faktor-faktor dan proses yang berlaku dalam pembelajaran. Kebanyakan teori yang dihasilkan adalah berdasarkan dari pemerhatian dan hasil penyelidikan yang dijalankan. Teori yang dihasilkan tersebut juga berfungsi untuk membantu penyelidik dalam menjalankan penyelidikan dalam kajian.
Bahagian ini juga menerangkan mengenai jenis-jenis penyelidikan secara ringkas yang dijalankan dalam membentuk teori dalam penyelidikan pendidikan. Jenis penyelidikan tersebut adalah penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan yang dijalankan secara kualitatif. Teori-teori tersebut adalah seperti teori disiplin mental, teori naturalisme, teori pengamatan dan teori ini juga member pengaruh yang besar terhadap teori-teori dalam pembelajaran sejak abad ke 19 lagi.
Bahagian pengenalan buku ini juga menerangkan mengenai perubahan dan pendekatan yang berlaku dalam pendidikan. Perubahan dan pendekatan tersebut adalah berdasarkan beberapa teori diantaranya adalah seperti teori pelaziman klasik, teori pelaziman Operan Thorndike, Teori Pelaziman Operan Skinner, Pendekatan Teori Iaitu Permodelan Bandura. Dari idea dan teori pembelajaran yang diperkenalkan ini amat membantu dalam sejarah dalam sejarah perkembangan penyelidikan pendidikan. Dalam bidang pendidikan, penulis menekankan bahawa teori memainkan peranan yang penting dalam untuk memahami situasi pendidikan.
Bab 1
Konsep Penyelidikan Dalam Pendidikan
Dalam bab ini, penulis menekankan mengenai  maksud konsep pendidikan dan penyelidikan. Bab 1 ini juga menghuraikan konsep-konsep yang boleh digunakan dalam menjalankan penyelidikan pendidikan.
Konsep pendidikan merangkumi pandangan umum dalam pembentukan  perkembangan ilmu . Pengertian dalam pendidikan juga mengikut beberapa pentafsir di antaranya ialah dari Plato, Aristlo, Jean Jacques Rousseau dan sebagainya. Konsep pendidikan di Malaysia adalah berdasarkan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang digubal pada tahun 1996.
Penulis juga menerangkan mengenai Konsep Triad dalam kajian pelbagai kaedah yang diterangkan oleh J.Wellington pada tahun 2004. Kaedah tersebut juga dinamakan sebagai kaedah triangulation yang merangkumi kaedah temubual, pemerhatian dan kajian berdasarkan dokumen.
Definisi dan ciri-ciri yang terdapat dalam penyelidikan pendidikan diterangkan untuk digunakan oleh penyelidik. Setiap ciri-ciri yang terdapat dalam pendidikan digunakan semasa menjalankan penyelidikan.
Akhir dalam Bab1 menerangkan mengenai Etika Penyelidikan yang dijalankan. Etika tersebut adalah ketika menjalankan penyelidikan sama ada ketika menemubual responden dewasa dan kanak-kanak. Beberapa etika perlu dipatuhi dalam melaksanakan penyelidikan dalam pendidikan.
Bab 2
Pendekatan Metodologi Dan Etika Penyelidikan Dalam Penyelidikan
Bab 2 menerangkan mengenai konsep dan pendidikan yang boleh dijalankan dalam penyelidikan pendidikan. Pendekatan tersebut termasukah positive, naturalis dan interpretative. Selain itu, kaedah penyelidikan kuantitatif  dan kualitatif diterangkan beserta metodologi kajian yang dapat dijalankan.
Penulis juga menekankan mengenai pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif yang digunakan dan ciri-ciri yang terdapat dalam penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Ciri-ciri tersebut termasuklah prinsip kajian asas, tanggapan umum, tujuan, instrument, kaedah, pensampelan, cara analisis data dan cara menulis laporan mengikut kaedah kajian yang dijalankan.
Dalam metodologi kritikal dan penyelidikan tindakan yang dijalankan, penulis juga menekankan mengenai ideology critique yang merupakan idealogi dalam pelbagai bidang pendidikan. Dalam kaedah penyelidikan, penulis menerangkan prosidur-prosidur yang boleh digunakan oleh penyelidik untuk menentukan kaedah penyelidikan yang akan dijalankan berpandukan dengan model saintifik.
Akhir dalam Bab 2 ini menerangkan mengenai Konsep Triad dalam kajian dengan pelbagai kaedah seperti temubual responden, kajian dokumen, pemerhatian dan juga boleh juga menjalankan soal selidik secara pos, telefon dan juga secara elektronik. Dalam aspek triangulation, kaedah ini adalah untuk kesahan iaitu mengesah pernyataan, melalui rekod temubual, transkrip, bukti dari daripada kajian kes. Dalam menjalankan kajian sains kemasyarakatan, dengan menggunakan tiga atau lebih dalam kajian akan menghasilkan kemungkinan ketepatan dalam hasil kajian yang dijalankan.
Dalam Bab 2, Etika penyelidikan dan tanggungjawab penyelidik dihurai secara ditil.
Bab 3
Model,  Jenis Dan Proses Penyelidikan
Dalam Bab 3, model penyelidikan menerangkan mengenai model penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Jenis model penyelidikan juga diterangkan iaitu penyelidikan eksperimental, dan bukan dijalankan secara eksperimental iaitu soal selidik, kajian kes, ujian dan penilaian. Penulis juga menerangkan jenis model penyelidikan secara ditil dari segi pengertian, tujuan, fokus dan juga ciri-ciri model penyelidikan yang dijalankan tersebut.
Jenis penyelidikan yang boleh dijalankan dalam kajian juga diterangkan, diantaranya adalah seperti penyelidikan asas atau tulen, penyelidikan gunaan, penyelidikan tindakan, dan juga penyelidikan penilaian yang dijalankan. Selain itu, perbezaan dalam menjalankan penyelidikan diterangkan dengan menyatakan perbezaan dalam penyelidikan yang dijalankan.
Bab ini juga menerangkan mengenai jenis dan bentuk eksperimental yang terdapat dalam penyelidikan kuantitatif.

Penyelidikan kuantitatif yang dijalankan adalah secara eksperimental iaitu secara tulen, kuasi dan semula jadi. Jenis bentuk penyelidikan eksperimental juga diterangkan, diantaranya adalah seperti penyelidikan eksperimental tulen, penyelidikan eksperimetal kuasi iaitu luar makmal dan juga penyelidikan eskperimental secara semula jadi. Langkah-langkah perancangan  dalam menjalankan pelaksanaan penyelidikan eksperimental juga dijalankan. Elemen penyelidikan penilaian juga diterangkan dalam menjalankan penyelidikan. Perancangan yang dijalankan dalam penyelidikan penilaian dijalankan, diantaranya melalui beberapa kaedah soalan kaji selidik, temu bual, pemerhatian, menganalisis dokumen dan juga melalui menginterpretasi diari-diari.
Bab 3 juga menerangkan penyelidikan kualitatif; iaitu penyelidikan bukan eksperimental. Penulis menerangkan secara ditil perbezaan yang terdapat dalam penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Dalam bahagian Penyelidikan Kualitatif juga menerangkan mengenai Etnografi. Metodologi etnografi berasal dari kajian antropologi yang menginterpretasikan mengenai tingkah laku manusia yang dijalankan melalui pemerhatian penyelidik. Selain itu, proses perancangan dan pelaksanaan yang dijalankan dalam penyelidikan etnografi dihuraikan secara berperingkat. Penyelidikan Historikal/Sejarah juga dijalankan secara berperingkat. Kajian kualitatif juga dijalankan dengan menggunakan kajian kes yang merangkumi biografi dan autografi.
Akhir pada bab ini menerangkan : Modedan Perancangan  proses penyelidikan kajian.
Bab 4
Penyelidikan Tindakan  
Dalam Bab ini menerangkan mengenai latar belakang penyelidikan tindakan yang dijalankan. Penulis menekankan mengenai proses amalan refleksi Schon yang merangkumi Trigger, Frame, Reframe, dan Plan.

Penyelidikan tindakan juga menerangkan proses refleksi pedagogi yang terdapat dalam penyelidikan Tindakan. Konsep penyelidikan tindakan Kurt Lewin juga diterangkan. Selain itu, tujuan dan prinsip-prinsip yang terdapat dalam kajian tindakan dihurai secara ditil.
Di antara model penyelidikan Tindakan yang dihuraikan oleh penulis diantaranya adalah seperti model pemikiran Kurt Lewin, Model pemikiran Stephen Kemmis, model pemikiran John Elliott.
Pelaksanaan penyelidikan tindakan yang dijalankan dalam kajian juga dinyatakan dengan menyatakan dengan contoh-contoh  masalah pendidikan dalam kajian. Akhir bab ini juga menerangkan mengenai proses kajian asas dan proses penyelidikan kajian tindakan. Proses penyelidikan tindakan dengan 4 aspek kajian juga dinyatakan.
Bab 5
Perancangan Peringkat Permulaan Penyelidikan
Dalam Bab 5 menerangkan mengenai proses perancangan penyelidikan. Peringkat permulaan penyelidikan, merangkumi pernyataan masalah, tinjauan literature dan pensampelan. Jenis soalan penyelidikan juga dinyatakan penggunaannya secara hujah yang menyokong soalan penyelidikan.
Tinjauan Literatur Penyelidikan dihuraikan secara terperinci, diantaranya adalah seperti mencari bahan dari sumber lokasi web, jurnal online. Penulis menghuraikan secara ditil mengenai bagaimana literatur penyelidikan disediakan dan kandungan yang terdapat dalam literatur penyelidikan.
Bab ini juga menerangkab mengenai peringkat persampelan seperti strategi dan kaedah persampelan iaitu persampelan probaliti dan persampelan bukan probaliti.

Pada akhir bab ini menerangkan mengenai langkah-langkah yang terdapat dalam perancangan strategi persampelan dan jadual mengenai perbelanjaan untuk kajian.
Bab 6
Instrumen Untuk Penyelidikan
Bab 6 menerangkan mengenai instrumen yang digunakan untuk mengumpul data dalam menjalankan kajian dan penyelidikan. Jenis-jenis Ujian parametric dan bukan parametric digunakan untuk mengukur ciri-ciri spesifik mengenai populasi sama ada saiznya besar atau kecil. Diantara ujian yang boleh dijalankan adalah seperti Ujian Formatif, Penilaian Sumatif dan juga perbandingan antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif.
Bab ini juga menerangkan secara terperinci mengenai pengujian,  pengukuran, dan penilaiaan. Penulis menyatakan bahawa ketiga-tiga konsep tersebut mempunyai tafsiran yang berbeza darisegi pengertian, tujuan dan ciri-ciri yang mempunyai kaitan rapat dengan proses pelaksanaan kajian.
Akhir Bab ini, penulis menyatakan bahawa kaedah yang penting untuk  mengumpul data dalam kajian yang dijalankan. Soalan-soalan kajian kerap kali digunakan untuk membentuk soal selidik, temubual, dan pemerhatian. Kaedah pengumpulan data akan diperincikan secara ditil dalam Bab 7, bab 8 dan Bab 9.
Bab 7
Kaedah Pengumpulan Data : Soal Selidik
Bab ini menerangkan mengenai kaedah pengumpulan data yang dijalankan secara soal selidik. Penulis menerangkan jenis kajian membujur dan kajian melintang yang dilaksanakan dalam kaedah pengumpulan data secara soal selidik.
Penulis juga menyatakan secara khusus mengenai kegunaan soal selidik, dan klasifikasi soal selidik. Dalam kaedah mengumpul data untuk soal selidik, perlu ada perancangan dan carta aliran untuk perancangan dan pelaksanaan proses soal selidik. Penulis juga menerangkan mengenai prinsip susunan, format soalan, surat iringan yang diperlukan ketika menggunakan kaedah pengumpulan data secara soal selidik.
Akhir bab ini, isu dan etika ketika mentadbir soalan-soalan soal selidik dinyatakan. Penulis buku ini juga menyatakan bahawa strategi pensampelan responden, item-item yang digunakan adalah amat penting dalam pungutan data untuk dianalisis dan diinterpretasi. Keadaan ini adalah kerana kesahan, kebolehpercayaan, kebolehtadbiran, dan kemudatahfsiran  data sampel bukan hanya bergantung responden bagaimana menjawab item-item tetapi ia bergantung kepada bagaimana  soalan-soalan  soal selidik yang berkualiti dapat disediakan.
Bab 8
Kaedah Pengumpulan Data : Temu Bual
Bab 8 menyatakan secara khusus mengenai konsep temubual dan definisi temubual. Penulis juga menyatakan sesuatu yang unik kerana melibatkan pengutan data melalui lisan dalam pertemuan di antara 2 pihak secara langsung. Penemubual juga mencungkil maklumat yang boleh menambahbaikan kadar respons dan kaedah temubual ini amat berguna sekiranya responden yang kita temubual tersebut tidak tahu membaca dan menulis.
Di antara beberapa prosidur temubual yang dinyatakan oleh penulis adalah seperti temubual melalui telefon, temubual berasaskan internet. Penulis juga menyatakan bahawa temubual merupakan kajian yang unik dan kompleks di bawah kajian soal selidik. Ia berlainan dengan soal selidik melalui pos. kaedah temubual juga bukan sahaja memerlukan kemahiran membina soalan-soalan selidik, tetapi juga memerlukan kemahiran komunikasi interpersonal untuk membentuk satu temubual yang lengkap dan sempurna.
Akhir Bab ini,penulis menegaskan bahawa konsep triangulation sering diamalkan seperti menggunakan kaedah pemerhatian ketika menjalankan temubual.
Bab 9
Kaedah Pengumpulan Data: Pemerhatian
Mengikut penulis, pemerhatian merupakan salah satu jenis kaedah soal selidik yang digunakan untuk memungut data dalam kajian. Dalam kaedah soal selidik, pemerhatian memainkan peranan yang penting dengan kajian soal selidik. Pemerhatian menggunakan sensori persepsi untuk memungut data dan juga bergantung kepada kemahiran mendengar dan instrumen selidik sebagai kaedah sokongan dalam menjalankan kajian. Dalam teori asas pemerhatian, beberapa konsep dinyatakan oleh penulis diantaranya adalah seperti konsep pengamatan, dengan menggunakan beberapa prinsip seperti Prinsip Pragnanz, Prinsip Kedekatan (Proximity), Prinsip Keserupaan (Similarity), Prinsip Tutupan (Closure), Prinsip Kesinambungan (Continuity), Prinsip Lengkapan (Complete), Prinsip Tetangkum (Configuration), dan sebagainya.
Penulis juga menyatakan isu-isu dan etika yang perlu dalam menjalankan penyelidikan secara pemerhatian yang perlu dipatuhi oleh pengkaji. Etika pemerhatian tersebut termasuklah prosidur yang dijalankan ketika menjalankan penyelidikan. Isu yang penting dalam kaedah pengumpulan data secara pemerhatian, dinyatakan oleh penulis seperti dilema ketika menjalankan kajian.
Akhir pada bab ini, penulis menyatakan bahawa walaupun data yang dipungut melalui pemerhatian adalah lebih lengkap dan sempurna, konsep triangulation akan membantu untuk menambah ciri kesahan dan kebolehpercayaan untuk memperkayakan kaedah pungutan data. Dalam proses pungutan data sewajarnya, kaedah triangulation adalah lengkap dan sempurna.
Analisis data kuantitatif dan kualitatif akan dibincangkan dalam bab-bab seterusnya.
Bab 10
Analisis Dan Interpretasi Data Deskriptif
Bab ini menghuraikan analisis yang boleh dijalankan selepas data selesai dikumpul. Tugas penyelidik juga merancang bagaimana data itu dianalisis dan diinterpretasi untuk membentuk gambaran terhadap persoalan kajian yang dijalankan. Penyelidik juga perlu memahami perbezaan di antara data kualitatif dan data kuantitatif serta perbezaannya untuk menganalisis.
Bab ini juga menerangkan bagaimana data kualitatif dianalisis dan diinterpretasi. Kaedah proses analisis data kualitatif yang diadaptasi oleh J.Wellington, Education Research 2004 dinyatakan secara ditil. Prinsip dan amalan dalam menjalankan analisis data kualitatif dinyatakan dalam prinsip dan amalan 10.
Dalam Bab 10 ini juga, penulis menerangkan statistik asas untuk menjalankan analisis data kuantitatif. Analisis data ini dijalankan dengan menggunakan statistik deskriptif. Statistik deskriptif tersebut termasuklah menjalankan penganalisisan dan pentafsiran keputusan ujian. Segala analisis data secara statistik, penggunaan markah, taburan kekerapan, pengumpulan data skor mentah dan menghasilkan graf. Analisis dijalankan berdasarkan graf dan kegunaan statistic dalam penyelidikan pendidikan.
Akhir Bab ini, penulis menerangkan mengenai proses analisis dan interpretasi data parametric dan data bukan parametric serta pemilihan data ujian statistic deskriptif atau inferential. Penyelidik juga perlu tahu membezakan hipotesis iaitu hipotesis kausaldan hipotesis asosiatif. Sampel data perlu dianalisis, dan dinilai kesahihannya secara sistematik dan logical mengikut criteria yang ditetapkan. Laporan berdasarkan penyelidikan dokumentasi akan dibincangkan dalam Bab yang berikutnya.
Bab 11
Pertimbangan Semasa Mengumpul Dan Analisis Data
Mengikut penulis, dalam membuat pensampelan beberapa pertimbangan adalah perlu kerana kualiti penyelidikan perlu ada kesahan, kebolehpercayaan, dan keobjektifan atau tidak adalah bergantung kepada kepada cara pemilihan peserta melalui proses pensampelan berdasarkan criteria yang ditetapkan.

Penulis juga menerangkan mengenai pensampelan bertujuan (purposive sampling) untuk penyelidikan tindakan. Terdapat beberapa  kategori konsep dan contoh pensampelan bertujuan dijalankan dengan mengikut beberapa kategori di antaranya adalah seperti variasi maksimum, peluang, tipikal, atipikal, criteria, kritikal, dan pensampelan terbimbing.
Isu dalam menganalisis dokumen juga dinyatakan dengan merangkumi 2 domain utama iaitu kesahan(validity) dan kebolehpercayaan(reliability) dan juga kritikan dari segi luaran dan dalaman.
Pada akhir bab ini, penulis sekali lagi menegaskan bahawa penggunaan strategi triangulation perlu dalam menilai dokumen. Analisis kandungan dokumen dan penulisan dokumen dibincangkan dalam bab 12.
Bab 12
Analisis Kandungan Dokumen, Penulisan, Dan Penyebaran Laporan Kajian
Bab 12, menerangkan mengenai analisis dokumen yang merujuk kepada strategi dan prosedur yang perlu digunakan dalam membuat analisis, interpretasi, dan penilaian terhadap sebarang jenis dokumen. Penulis juag menerangkan mengenai kegunaan analisis dokumen yang perlu digunakan oleh penyelidik dalam meninjau literature, tujuan penentuan bidang kajian, seperti topic, tema, isu dan hipotesis penyelidikan.

Penulis juga menerangkan mengenai perkara-perkara yang perlu dianalisis daripada dokumen penyelidikan seperti tajuk/topic kajian, abstrak, pengenalan,tinjauan semula, metodologi, kaedah mengumpul dan menganalisis, isi kandunga kajian, penilaian, kesimpulan dan bahan rujukan yang digunakan.
Penulis juga menerangkan mengenai langkah-langkah dalam perancangan dan perlaksanaan analisis kandungan dokumen. Huraian terperinci juga diperjelaskan dalam persediaan untuk menulis laporan penyelidikan sama ada dalam bentuk kertas kerja. Kriteria  persediaan dalam menyediakan laporan penyelidikan adalah penting untuk manghasilkan kertas kerja dan kertas seminar yang bermutu tinggi.
Akhir bab 12 ini, penulis menceritakan proses sesi seminar secara ringkas dan penyebaran hasil penyelidikan tindakan seperti jurnal pendidikan.
Bab 13
Laporan Kajian Dokumen Historical : Kajian Dasar Pendidikan Dan Kurikulum
Bab akhir dalam buku ini mengimbas kembali sejarah dasar Pendidikan Negara mengikut Penyata, Laporan, Dasar dan Akta Pendidikan. Imbasan sejarah dasar dimulakan dengan zaman pengkuhan; Penyata Razak 1956, dan Ordinan Pelajaran 1957. Kemudian diteruskan dengan zaman Kemaskini; Laporan  Rahman Talib 1960 dan Ordinan Pelajaran 1961.
Akta dalam pendidikan juga dibincangkan seperti Akta Bahasa Kebangsaan (Ordinan Pelajaran) 1967, dan Dasar Pendidikan Kebangsaan 1970 dibincangkan dari segi implikasi dan perlaksanaannya.
Dasar dan faktor pembentukan KBSR juga dinyatakan pada akhir Bab ini. Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah, dan Dasar Pembentukan KBSM juga dinyatakan. Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat pendidikan Negara 1988, dihuraikan secara terperinci.
Faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan kurikulum dan Wawasan 2020 yang perlu diinterpretasi dalam pendidikan dan perlaksanaannya dibincangkan secara terperinci.
Ulasan akhir pada buku ini yang dinyatakan oleh penulis adalah mengenai pelopor perubahan; misi nasional yang merangkumi 6 Teras Strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, diantaranya adalah seperti untuk membangunkan modal insan, merapatkan jurang pendidikan dan memartabatkan profesion perguruan di Malaysia.
Faedah dari buku : Buku ini berfaedah untuk digunakan pelajar dan penyelidik dalam bidang bidang pendidikan. Buku ini juga merangkumi jenis-jenis dan pensampelan yang boleh dijalankan dalam kajian pendidikan.
Dengan bantuan buku ini, sebagai pelajar saya boleh merujuk untuk mengetahui kaedah dan metodologi yang betul dalam mengumpul data dan instrument yang digunakan untuk membantu penyelidikan dan kajian yang bakal dijalankan.
Teknik untuk menganalisis data diterangkan secara terperinci sama ada data tersebut adalah data kuantitatif dan data kualitatif. Analisis dan interpretasi dokumen juga diterangkan secara ditil.
Cara untuk menulis dan menghasilkan laporan penyelidikan, jurnal serta aplikasi perancangan dan pelaksanaan penyelidikan kajian tindakan juga diulas secara ditil.
Rumusan : Pada saya, sebagai seorang pelajar buku ini amat berguna untuk dijadikan sebagai rujukan khusus untuk menghasilkan jurnal, kertas seminar dan kajian penyelidikan dalam bidang pendidikan komputer khasnya.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment