Friday, October 1, 2010

Projek B: Kajian Kuantitatif (Kajian Awal)

Kajian Keberkesanan Kaedah Pembelajaran e- Learning Dalam Subjek  Bahasa Malaysia
Di Sekolah Menengah Di Selangor
Dr. Rosseni Din
Siti Zuraida Abdul Manaf

Abstrak
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti keberkesanan penggunaan perisian kursus (courseware) dalam subjek Bahasa Malaysia di Peringkat Sekolah. Instrumen kajian yang digunakan adalah dengan menggunakan borang soal selidik yang terdiri dari kertas ujian pengetahuan dan borang penilaian memfokuskan kepada rekabentuk prototaip dalam aspek antaramuka, pengetahuan, interaksi, kemudahan, pengetahuan dan kemudahan dalam menggunakannya. Kertas ujian akan diedarkan kepada pelajar dalam dua peringkat iaitu pada peringkat pra dan ujian pos. Di antara aspek yang dikaji adalah dari segi aras kesediaan guru, aras keyakinan guru, dan aras kelebihan penggunaan perisian kursus yang dibangunkan untuk membantu teknik dan kaedah pengajaran. Pandangan mereka akan dianalisis dengan menggunakan statistic deskriptif (frekuensi, peratusan, dan min) dan statistik inferensi (ujian t-test). Kajian Kuantitatif yang akan dijalankan adalah dengan menggunakan kaedah dengan memberi borang soal selidik, dan akan diproses dengan menggunakan perisian SPSS.

1.0          Pengenalan 

Proses pembelajaran e-learning merupakan satu pendekatan yang baru dalam era pendidikan di Malaysia khasnya. Teknik pengajaran ini juga merupakan salah salah satu cabang pedagogi yang dilaksanakan untuk membentuk masyarakat yang celik ICT. Penggunaanteknologi komputer di kalangan masyarakat di Malaysia khasnya semakin meningkat. Kerajaan juga telah memberi pelbagai inisiatif untuk mewujudkan pemilikan komputer di rumah, seperti satu rumah satu komputer. Komputer dan internet juga digunakan bukan sahaja dalam sistem pembelajaran, tetapi penggunaannya semakin meluas untuk berkomunikasi, dan berhubung seperti laman Face Book, Friendster, Twitter, Circles dan sebagainya. Dalam perniagaan juga, aplikasi e-bay juga telah lama dilaksanakan. Sistem perhubungan jarak jauh ini telah banyak membantu untuk meluaskan lagi peluang-peluang perniagaan.

Dalam pendidikan, Definasi e-learning atau electonic learning ini seringkali berubah-ubah selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini. Ia juga seringkali di salah tafsikan dalam iklan-iklan promosi pendidikan. Secara umumnya, ‘e-learning’ adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN,WAN atau internet) untuk menyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Internet, Intranet, satelit, tape audio atau video, TV interaktif dan CD ROM adalah sebahagian media elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini. Perkembangan e-learning di Malaysia masih baru jika dibandingkan dengan negara-negara barat dan Singapura. Di Malaysia ia terarah kepada pembelajaran jarak jauh dan sistem on-line yang kebanyakannya ditawarkan di peringkat universiti serta kolej swasta yang mempunyai usahasama dengan universiti luar negara dimana yuran yang dikenakan agak mahal dan tinggi. (Jaya Kumar C. Koran, KPM)

2.0          Latarbelakang Kajian 

Bahasa Malaysia merupakan bahasa rasmi, bahasa pengantar utama yang juga dikenali sebagai bahasa perpaduan, dan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar pada semua peringkat persekolahan sama ada di sekolah menengah mahupun di sekolah rendah (KPM, 2001). Mata pelajaran Bahasa Malaysia ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan peranannya sebagai bahasa ilmu. KPM (2001)
Dalam pembelajaran di peringkat sekolah menengah, subjek Bahasa Malaysia merupakan subjek teras yang mempunyai syarat lulus wajib bagi mendapatkan sijil SPM(Sijil Pelajaran Malaysia). Para pelajar SPM wajib mendapat sekurang-kurangnya mendapat gred C atau sebelum ini dikenali sebagai 6C atau P6. Sekiranya pelajar tersebut tidak mencapai gred yang ditetapkan, pelajar tersebut wajib mengambil subjek tersebut pada bulan Julai, yang juga dikenali sebagai BM Julai. Dengan itu, adalah penting untuk semua calon yang menduduki peperiksaan SPM lulus dengan mendapat kredit dalam subjek Bahasa Malaysia. 

Kementerian Malaysia juga sedang meningkatkan penguasaan penggunaan Bahasa Malaysia dengan mewujudkan bulan Bahasa yang diadakan pada bulan Oktober setiap tahun. Inisiatif ini bertujuan untuk memartabatkan penguasaan bahasa ibunda di peringkat global. Terdapat beberapa inisiatif telah diwujudkan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, seperti mewujudkan kamus online untuk membantu dalam pencarian istilah dan makna perkataan dengan lebih tepat dan cepat. Web site http://prpm.dbp.gov.my/ telah dibangunkan untuk membantu semua peringkat masyarakat untuk meluaskan pengetahuan mengenai perkataan-perkataan baru dalam bahasa Malaysia. 

3.0          Kajian Literatur

Penggunaan sistem e learning dalam pengajaran Bahasa telah diperluaskan di Negara-negara lain seperti Amerika, Jepun dan Korea. Mereka banyak menggunakan sistem pembelajaran jarak jauh, ataupun pembelajaran secara dalam talian bagi membantu mereka yang ingin meningkatkan pengetahuan dan cara penggunaan tatabahasa yang betul untuk menguasai sesuatu bahasa. Penggunaan teknologi ICT ini telah banyak membantu untuk meningkatkan tajap penguasaan mereka. Elemen ICT yang dimaksudkan adalah dengan menggunakan teknologi multimedia seperti audio, bunyi, grafik, dan sebagainya untuk membantu dalam pembelajaran bertutur dengan betul. 

Terdapat kajian yang telah dijalankan dengan mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran  Bahasa Inggeris yang telah dijalankan oleh European Educational Institutions. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu mereka yang berminat untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam Bahasa Inggeris. Panduan ini membantu dari segi terjemahan bahasa, dengan menggunakan kamus secara dalam talian, terjemahan tersebut adalah dari pelbagai bahasa lain ke bahasa Inggeris. Selain itu, latihan dan kuiz dalam talian juga turut diperkenalkan seperti (grammer, listening, reading, dan listening). Terdapat juga pelbagai forum terbuka, blog dan forum-forum untuk semua pelajar aktif berkongsi idea yang telah diwujudkan untuk membantu pelajar menguasai bahasa dengan lebih efektif. Pembangunan program yang dinamakan ITAs (International teaching assistants) telah dijalankan oleh University Minnesota dalam meningkatkan kaedah pembelajaran dalam bahasa Inggeris. Program ini dibangunkan untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris  dalam sebutan dan komunikasi. Peralatan yang digunakan untuk membolehkan paparan untuk pertuturan dan sebutan tersebut adalah IBM PS-2 Model 30. 

Selain itu, kajian dari Hsuan Chuang  University di Taiwan mendapati guru yang menggunakan pendekatan penggunaan komputer iaitu CALL (Computer-assisted language Learning) dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah meningkat. Kebanyakan guru menggunakan kemudahan internet untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran khasnya pembelajaran bahasa. 

Di negara Jepun, proses pembelajaran bahasa telah dilaksanakan dengan berbantukan komputer. Penggunaan komputer digunakan dengan lebih meluas untuk meningkatkan mutu penggunaan bahasa dari segi sebutan, pertuturan dan penulisan di peringkat sekolah. Aplikasi multimedia telah digunakan diperingkat pra sekolah untuk melatih dari segi penggunaan bahasa dan sebutan. Penggunaan aplikasi tersebut juga dijalankan dalam dwi bahasa iaitu bahasa Jepun dan bahasa Inggeris. 

4.0          Pernyataan Masalah

Di Malaysia, penggunaan ICT dalam pembelajaran bahasa masih lagi rendah kerana kebanyakan masyarakat hanya mengutamakan peperiksaan dan belajar untuk lulus. Kajian awal penyelidik, kebanyakan pelajar hanya belajar untuk menguasai penggunaan bahasa tersebut hanya untuk lulus dan mendapat gred yang bagus dalam peperiksaan dan untuk mendapat tempat di Institut Pengajian Tinggi.
Dalam proses pembelajaran semasa, guru-guru sering menghadapi masalah semasa menyampaikan isi pengajaran kepada murid-murid. Setiap murid mempunyai tahap pemahaman yang berbeza dan tidak semua murid akan menerima semua yang ingin disampaikan oleh seorang guru. Pelajar juga akan kurang minat dalam proses pembelajaran berdasarkan beberapa faktor seperti suasana pembelajaran yang statik dan penggunaan alat bantu mengajar yang masih lagi menggunakan kapur dan papan hitam. 

Sesetengah pelajar hanya mempunyai kemahiran menyalin dari memahami isi pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Dengan hanya menggunakan teknik pengajaran konvesional, pelajar yang tidak berminat dengan pembelajaran juga tidak menumpukan perhatian dalam kelas, dan tidak kurang juga ada pelajar yang tertidur.  Objektif pembelajaran juga tidak dapat dicapai sepenuhnya. Jadi, dengan adanya aktiviti-aktiviti yang lebih menarik, sekaligus akan lebih menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian dalam kelas.

5.0          Objektif Kajian 

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap keberkesanan  penggunaan (e-learning) sistem pembelajaran secara dalam talian dalam subjek Bahasa Malaysia di peringkat  sekolah menengah di Negeri Selangor.
 
6.0          Metodologi kajian yang akan dijalankan



 Rajah 1.0: Metodologi Kajian
7.0          Rekabentuk Kajian
Kajian ini merupakan kajian yang menggunakan kaedah kuantitatif. Kaedah kajian kuantitatif digunakan bagi mendapatkan data tentang kesediaan guru, kesediaan murid dan pelaksanaan pengajaran dan  pembelajaran Bahasa Malaysia. Data tersebut diperoleh secara triangulasi iaitu dengan menggunakan soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Data kuantitatif diproses untuk mendapatkan frekuensi dan peratusan.

Persoalan kajian ini adalah berdasarkan pandangan guru, pegawai pejabat pendidikan daerah, pentadbir sekolah dan pelajar yang akan terlibat dengan sistem pembelajaran e learning dan akan dikemukakan dengan menggunakan borang soal selidik yang bakal dijalankan. Selain itu juga, analisis akan dijalankan berdasarkan pelan strategik panitia untuk sekolah rendah. Kajian kuantitatif akan dijalankan dengan menggunakan soal selidik dan temubual untuk mendapatkan hasilnya. Data akan dikumpul melalui maklumat tersebut dan akan diproses. Kaedah hipotesis dan persampelan akan digunakan dalam penyelidikan ini. Sampel kajian akan terdiri dari 30 peratus daripada seluruh pelajar daripada populasi yang akan diuji.  Daripada sampel kajian, kita boleh menganggar parameter populasi min, varians, dan sisihan piawai yang didapati daripada sampel yang dinamakan statistik. Jadi, statistik sampel akan digunakan untuk menganggar parameter populasi.

Analisis yang bakal dijalankan adalah dengan menggunakan statistik asas iaitu dengan menggunakan program “Statistical Packages for the Social Sciences” (SPSS). Analisis ini akan melibatkan penggunaan statistik deskriktif. Di antara analisis yang bakal dijalankan adalah melibatkan jumlah skor, peratus, kekerapan, min dan sisihan piawai. Selain itu, analisis ini juga akan dijalankan dengan menggunakan teknik persampelan iaitu merupakan strategi untuk mewakili sesuatu populasi yang dikaji. Melalui persampelan ini, kita boleh menganggar parameter populasi.

8.0          Batasan Kajian
Kajian Ini Merupakan Kajian Kes Yang Melibatkan  Responden Iaitu Guru-Guru Bahasa Malaysia, yang Mengajar Di Sebuah Sekolah Menengah Di Selangor.

9.0          Soal Selidik
Kajian Ini Dijalankan Dengan Menggunakan Borang Soal Selidik. Di Antara Soal Selidik Yang Akan Ditanya Kepada Responden Adalah Seperti:
i.                     Profil Responden
Profil
Butiran
Jantina
Lelaki
Perempuan
Bangsa
Melayu
China
India
Lain-lain
Umur
Kurang 16 tahun
16-20 tahun
21-25 tahun
26-30 tahun
Lebih 30 tahun
21-25 tahun
Kelulusan
Akademik
SPM /STPM
Matrikulasi
DIPLOMA
BA/BSc
Sijil/lain-lain
MA/MSc/Med/dll
Phd/EdD
Pengalaman mengajar
Kurang Setahun
1-3 tahun
Lebih 4 tahun
Pengalaman mengajar Bahasa Malaysia
Kurang Setahun
1-3 tahun
Lebih 4 tahun

Pengkhususan
Bahasa Malaysia
Lain/lain
Bilangan kursus
Tiada
Kurang dari 3 kali
Lebih dari 3 kali
Bilangan Kelas
Yang Diajar
1 kelas
2 kelas
Lebih dari 3 kelas
Mata pelajaran
Lain Yang Diajar
Tiada
Pendidikan Islam
Matematik
Pendidikan Seni
Geografi/Sejarah
Lain-lain
Jadual 1.0 : Menunjukkan Profil Responden

ii.                   Kesediaan guru Bahasa Malaysia
-          Berminat mengajar Bahasa Malaysia
-          Dapat membantu murid dalam Bahasa Malaysia
-          Yakin mengajar Bahasa Malaysia
-          Terpaksa belajar Bahasa Malaysia untuk mengajar(BM)
-          Mengajar Bahasa Malaysia membebankan
-          Pilihan: Tidak mahu mengajar Bahasa Malaysia
-          Memerlukan persediaan awal

iii.                  Kesediaan Murid untuk mengikuti proses pembelajaran e-learning.
-          Tidak minat BM
-          Majoriti lemah BM
-          Majoriti belum kenal huruf
-          Majoriti belum kenal suku kata
-          Majoriti belum dapat mengenalpasti perkataan
-          Majoriti belum dapatmenggabungkan suku kata
-          Aktif dalam aktiviti
-          Murid suka bertanya
-          Murid sukar menjawab walaupun ditanya
-          Murid bertanya apabila ada masalah

iv.                 Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia.
-          Masalah mengawal kelas
-          Sukar merancang pengajaran
-          Tidak ada masa untuk merancang pengajaran
-          Tidak merancang pengajaran
-          Tidak dapat laksanakan perancangan
-          ABM/BBM (Alat Bantu Mengajar)  tidak mencukupi
-          Tidak tahu menggunakan bahan
-          Penggunaan bahan tidak membantu murid
-          Suka menggunakan buku teks
-          Pengajaran berfokus peperiksaaan

10.0        Rumusan

Dari cadangan kajian yang dijalankan, penyelidik akan mengetahui tahap keyakinan guru untuk menggunakan sistem pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan sistem e learning dalam pengajaran Bahasa Malaysia. Dengan adanya hasil kajian yang dijalankan, ia akan dapat membantu untuk meningkatkan sistem pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di Sekolah Menengah di Selangor khasnya.

11.0        Rujukan

Debbie Corder (2007), “Integration of ICT for Effective Learning Teaching and Assessment” International and Community Languages, School of Languages and Social Science, Auckland University of Technology.
Rubiah Omar dan Jamilah Hj Ahmad (2009),   “Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan                               e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik” Jurnal Pendidikan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
S. Barathi (Febuari 2009), “Effectiveness of Computer Assisted Instruction in  Reading Achievement Among Secondary School Students” Articlesbase Ramanathapuram, Tamil Nadu
Shamsul Shah Bin Tarja (2000), “Sekolah Bestari: Kefahaman Konsep, Elemen Dan Perbincangan Teknologi”  Universiti  Teknologi Malaysia.
Syaharom Abdullah (1990), “Panduan Amali Untuk Penyelidikan Pendidikan” Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia
Norkhair Ibrahim dan Zulkepli Majid (2002), “Prinsip Sistem Maklumat Geografi” Universiti Teknologi Malaysia Skudai.

No comments:

Post a Comment