Guru Sebagai Penyelidik
Peta Minda
Ringkasan ~
Mengikut istilah dewan bahasa dan pustaka guru bermaksud pengajar, pendidik, tenaga pengajar sama ada di institut pengajian tinggi atau sekolah. Guru juga dikenali sebagai seorang pakar dalam dalam sesuatu bidang. Di peringkat universiti guru dikenali sebagai pensyarah atau tutor. Penyelidik pula bermaksud perbuatan menyelidik dan memeriksa. Guru sebagai penyelidik ialah guru yang mengkaji keadaan sosial yang boleh memberi gambaran untuk membaiki rasionaliti, tabiat berfikir, kefahaman dan amalan-amalan (P&P) pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan untuk meningkatkan kecekapan dan profesionalisme perguruan.
Dalam kajian yang dijalankan juga terdapat beberapa aspek kajian yang dijalankan. Aspek tersebut merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan peranan penyelidik, tujuan kajian yang dijalankan dan juga sampel dalam membuat kajian. Tujuan kajian yang dijalankan adalah seperti untuk menjawab persoalan seperti ‘Sejauh mana minat pelajar sekolah di bandar dan luar bandar untuk belajar ICT’. Pihak atau populasi yang akan dikaji adalah seperti guru komputer, pelajar dan pentadbir. Sampel 30% diperlukan dalam penyelidikan untuk mewakili keseluruhan kelompok kajian. Hasil dari kajian dapat membuat cadangan umum untuk menambahbaik program yang dijalankan.
Terdapat 2 jenis penyelidikan dapat dijalankan iaitu kuantitatif dan kualitatif. Kajian kuantitatif melibatkan nombor dan dan statistik. Penyelidikan kualitatif adalah kajian yang melibatkan teks dan gambar. Penyelidikan yang terbaik adalah dengan menggunakan teknik triangulation iaitu soal selidik, temubual dan pemerhatian.
Jenis Kajian
Terdapat beberapa jenis kajian dapat dijalankan diantaranya ialah kajian asas, kajian gunaan, kajian deskriptif dan kajian tindakan. Kesesuaian jenis kajian dalam penyelidikan melibatkan profesionalisme perguruan adalah jenis kajian tindakan. Kajian tindakan adalah kajian ilmiah yang dijalankan berkaitan dengan teori dan metodologi. Sebagai contoh, seorang guru mencuba kaedah baru dalam pengajarannya dan membandingkan dengan hasil kejayaan yang dicapai sebelumnya. Penyelidikan dalam kajian tindakan adalah berdasarkan situasi iaitu untuk mendiagnos sesuatu masalah dan cuba untuk mengatasinya dalam konteks tersebut.
Tujuan Penyelidikan
Tujuan penyelidikan kajian ialah dapat membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, apabila guru menjalankan penyelidikan, dapat memperkembangkan kemahiran profesional guru seperti dengan mengenalpasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan. Dengan adanya penyelidikan tindakan, dapat mengeluarkan guru tersebut dari kongkongan dan amalan-amalan rutin yang biasa dilaksanakan dan sekaligus dapat meningkatkan amalan-amalan profesional seperti memperkenalkan amalan-amalan yang lebih berkesan dalam membuat keputusan. Melalui pembaharuan ini, dapat meningkatkan kemajuan melalui refleksi kendiri dan berkeyakinan melalui berkongsi pengalaman, prestasi kerja dan memberi peluang kepada guru untuk menjadi agen perubahan dengan membuat refleksi mengenai kekuatan dan kelemahan diri.
Dari penyelidikan yang dijalankan, guru akan mendapat sumber maklumat penting seperti amalan pengajaran guru, pembelajaran murid, keadaan dan suasana murid dalam bilik darjah. Hasilnya, guru merancang huraian mata pelajaran tersebut dengan lebih berkesan seperti mempelbagaikan kaedah pengajaran pembelajaran, mengubah dan memperbaiki amalan yang biasa dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Kajian tindakan juga adalah untuk mengatasi pelbagai masalah pengajaran dan pembelajaran dan membantu murid menguasai pelbagai kemahiran pembelajaran yang ditetapkan dalam mata pelajaran dan mencapai tahap kecermelangan. Sebagai contoh:
i. Membantu murid belajar dengan berkesan melalui pengajaran yang lebih berkesan.
ii. Membantu murid merancang cara belajar di bilik darjah dengan lebih berkesan.
Kepentingan Kajian
Dengan adanya peningkatan keberkesanan amalan mengajar seseorang guru boleh dilihat melalui peningkatan prestasi pihak yang menerima perkhidmatan guru tersebut iaitu murid. Melalui pemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti P&P yang dijalankan di bilik darjah, guru mengumpul data secara terancang untuk mengesan kelemahan dan kekuatan aktiviti yang dilaksanakan. Data yang dianalisis tersebut akan dapat memberi gambaran jelas mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dari faktor tersebut akan dapat membantu guru mengubahsuai amalan pengajaran yang dijalankan supaya lebih efektif dan berkesan.
Rumusan
Dari kajian tindakan yang dijalankan oleh guru, guru tersebut akan menjadi seorang penyelidik yang berfikiran kritikal yang mempunyai banyak idea baru serta sanggup untuk menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum. Kerjasama antara guru yang terbabit juga dapat dibentuk melalui kerjasama yang kolaboratif.
Subscribe to:
Posts (Atom)